TH HOTEL & CONVENTION CENTRE ALOR SETAR
DENGAN KERJASAMA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
&
ANJURAN KELAB SUKAN TH HOTEL ALOR SETAR
AKAN MENGADAKAN SATU ACARA LARIAN YANG DINAMAKAN
TARIKH
TARIKH DITUNDA KE BULAN 8 HARAP MAAF
TEMPAT
SEKITAR DESA MUKIM TITI GAJAH, ANAK BUKIT, KEDAH
ANJURAN
JAWATANKUASA KELAB SUKAN & REKREASI
TH HOTEL & CONVENTION CENTRE ALOR SETAR
DENGAN KERJASAMA
POLIS DIRAJA MALAYSIA
JABATAN PERTAHANAN AWAM
PASUKAN RELA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
1.0 PENDAHULUAN
Program Larian Tepi Bendang 2014 yang dianjurkan oleh TH Hotel & Convention Centre Alor Setar adalah bertujuan untuk mempromosikan hotel kepada masyarakat luar sekitar Negeri Kedah Darul Aman. Usahasama yang dilakukan juga sebagai satu acara kebajikan untuk mewujudkan hubungan baik di antara sekolah, belia dan masyarakat. Selain itu, aktiviti yang menyihatkan ini juga dapat memupuk nilai kepentingan penjagaan kesihatan diri dan menggalakkan aktiviti yang sihat di kalangan pelajar di Negeri Kedah Darul Aman.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberi peluang kepada Jawatankuasa Kelab untuk menceburkan diri di dalam bidang yang lebih luas.
2.2 Dapat mempromosikan hotel-hotel kepada dunia luar termasuk mempromosikan pelancongan di Negeri Kedah.
2.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim serta semangat kerjasama antara kumpulan.
2.4 Memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan kesihatan dalam kehidupan mereka yang selari dengan arus kemodenan.
2.5 Membina hubungan baik di kalangan belia dan pelajar sekolah.
3.0 TEMA
Berlari Untuk Kesihatan dan Keceriaan.
4.0 TARIKH LARIAN
10 Mei 2014 (Sabtu), jam 7.00 pagi.
5.0 LOKASI LARIAN
Bermula di pintu pagar belakang TH Hotel, melintasi desa dan seterusnya berakhir di pintu pagar belakang TH Hotel.
6.0 FORMAT AKTIVITI
6.1 Pendaftaran
Peserta akan mendaftar di kaunter urusetia sebelum memulakan larian.
6.2 Berkumpul
Peserta akan berkumpul di kawasan tempat letak kereta di bahagian belakang hotel untuk bersedia memulakan larian.
6.3 Taklimat
Peserta akan diberi taklimat tentang laluan larian oleh urusetia yang bertugas.
6.4 Perasmian & Pelepasan
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah akan merasmikan pelepasan larian para peserta.
6.5 Tamat
Peserta akan menamatkan larian di pintu pagar belakang TH Hotel.
6.6 Penyampaian Hadiah
Penyampaian hadiah akan disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah kepada para pemenang.
7.0 TENTATIF PROGRAM
6.00am – Pendaftaran peserta
6.30am – Taklimat oleh urusetia
6.45am – Perasmian & Pelepasan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Kedah
7.00am – Larian bermula
8.00am - Senam robik oleh jurulatih bertauliah
9.00am – Larian tamat
9.30am – Penyampaian hadiah
10.00am – Peserta bersurai
8.0 JANGKAMASA KUTIPAN
15 Mei 2014 hingga 15 April 2014
9.0 KATEGORI PENYERTAAN LARIAN
9.1 Pelajar Lelaki (PL)
Semua pelajar lelaki yang masih bersekolah dan berumur 12 hingga 17 tahun.
9.2 Pelajar Perempuan (PP)
Semua pelajar lelaki yang masih bersekolah dan berumur 12 hingga 17 tahun.
*Jarak larian: 7km
10. SYARAT PENYERTAAN
10.1 Sihat tubuh badan
10.2 Setiap sekolah wajib menghantar sekurang-kurangnya 15 peserta masing-masing.
11. YURAN PENYERTAAN
11.1 Kategori Pelajar – RM10 perseorangan
12. HADIAH LARIAN
Untuk Semua Kategori;
Kategori
|
Wang Tunai
|
Medal
|
Hamper (RM)
|
Johan
|
RM 1000
|
Emas
|
RM 150
|
Naib Johan
|
RM 500
|
Perak
|
RM 100
|
Ketiga
|
RM 300
|
RM 80
| |
Ke-4 hingga ke-10
|
-
|
-
|
RM 50
|
Ke-11 hingga ke-20
|
-
|
-
|
RM 30
|
13. PROMOSI/PENAJAAN/PEMASARAN
13.1 Banner akan dipasang disekitar kawasan hotel.
13.2 Setiap sekolah akan diberikan iklan dan borang jemputan.
13.3 Facebook dan website akan menyiarkan iklan.
13.4 Penajaan akan dipelbagaikan dari segi sukan, makanan dan lain-lain perkhidmatan untuk banner, hadiah, t-shirt, minuman dan lain-lain.
1 MEDIA DAN KOMUNIKASI
14.1 Wartawan dan media akan dijemput untuk membuat liputan.
14.2 3 Jurugambar akan disediakan oleh urusetia untuk membuat pengambaran semasa larian.
14.3 Kaunter informasi akan disediakan di perkarangan TH Hotel untuk maklumat dan berita terkini mengenai larian semasa program dijalankan.
15. TARGET PENYERTAAN DAN KUMPULAN SASARAN
15.1 1500 penyertaan.
15.2 Semua Sekolah Menegah di sekitar Negeri Kedah.
16. BAHAGIAN KESELAMATAN
16.1 Pasukan RELA
16.2 Polis Diraja Malaysia
16.3 Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)
17. BAHAGIAN TEKNIKAL
17.1 Menyediakan pintu gerbang untuk pelepasan dan penutup.
17.2 Menyediakan system audio dan peralatan yang bersesuaian dengan program.
18. BAHAGIAN PENGANGKUTAN
Pihak urusetia akan menyediakan pengangkutan sendiri untuk setiap lokasi program.
19 1 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
20
21. CADANGAN TREK LARIAN
Rujuk Lampiran B
22 PENUTUP
Diharap program sebegini diteruskan di masa akan datang seterusnya dapat memupuk silaturrahim yang lebih erat di kalangan masyarakat, belia dan sekolah di negeri Kedah dan seterusnya mempromosikan Negeri Kedah kepada orang ramai.
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
LARIAN TEPI BENDANG 2014
Penasihat
MUSTAFA KAMAL ABD HAMID
Pengarah
SURIATI BINTI ABD AZIZ
Timbalan Pengarah
SAHRUDDIN BIN ABD SAMAD
Setiausaha
NURUL SYUHADA JAMALUDDIN
Bendahari
NOR FARRAH DIANA BT MANSOR
Penajaan
MOHAMMAD ZAKI BIN JAAFAR
Sekretariat & Perhubungan
NATRAH BINTI YAHYA
Penginapan & Pengangkutan
NORIZHAM BIN ABDULLAH
Peralatan & Cenderahati
SHAKIRUL RIDWAN BIN MD DIN
MOHAMAD BADRUL HISYAM BIN MD ISA
Fotografi, Video & Pengiklanan
SUFIAN ARIF BIN ABU BAKAR
Makanan & Kebajikan
AZMAN BIN SALLEH
Keselamatan
MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR BIN ABU BAKAR
NASROL HISYAM BIN ZAINAL
Teknikal
MOHD HASHIMI BIN MUHAMMAD YATIM
MOHD FAHMI
Tugas-Tugas Khas
NUR SYAFIRAH BINTI ROSLI
NUR FAHIMA BINTI NOOR AZIZAN
MUHAMMAD ASYRAF ALIF BIN MOHD ZAINI
SAIFUDDIN ANWAR BIN SHAHRIL ANWAR
RAIHAN BINTI MOHAMMAD HASSAN
LAMPIRAN B
KLIK GAMBAR BORANG PENYERTAAN & PRINT
SEBARANG PERTANYAAN DAN CADANGAN BOLEHLAH EMAIL KE ALAMAT BERIKUT :
ATAU MENGHUBUNGI
Suriati binti Abd
Aziz
Pengarah Program
Larian Tepi
Bendang 2014
Kelab Sukan
& Rekreasi
TH Hotel &
Convention Centre Alor Setar
No. Tel: 04-7403691
Hp: 017-3613116
KAUNTER PENDAFTARAN TELAH PUN DIBUKA
Sila ke TH HOTEL ALOR SETAR sekarang untuk mendapatkan borang pendaftaran bermula dari 12/04/2014 hingga 30/04/2014 dari jam 9.00 pagi ke 5.00 petang setiap hari.
borang juga boleh didapati di kaunter reception hotel.
PENAJAAN DAN SUMBANGAN HADIAH
_________________________________________________________________________________
UCAPAN DAN MESEJ DARI PIHAK KAMI
Kami Warga Pekerja TH Hotel Alor Setar Berdoa Untuk MH370
Semoga Semua Anak Kapal & Penumpang Mas Yang Hilang Dalam
Keadaan Selamat Dan Semoga Allah Melindungi Mereka.
1 ulasan:
terbaik
Catat Ulasan